minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

BERLAGA TUNGGAK, MELAYU JANGAN KE TEPI - ULASAN

Assalammualaikum, Saudara WebMaster, 
Terima kasih kerana telah memberikan komen yang agak memberangsangkan mengenai artikel kiriman saya di bawah tajuk Berlaga tunggak, Melayu Jangan Ketepi. 

Saya juga amat tertarik dengan artikel oleh AL-KUNDANGI iaitu Gus Dur, Singapura dan Orang Melayu yang pada fikiran saya mungkin saudara telah terlupa untuk memberikan sepatah dua kata ke atasnya. 

Silaplah jika saudara mengatakan bahawa saya adalah penyokong UMNO TOTOK. Saya merupakan salah seorang yang telah disembur dengan air asid anjing FRU, jadi tidak sesekali berkompromi dengan parti Purba UMNO. Saya menghantar artikel tersebut kerana adanya rasa sayang saya..[email yang terputus]

Anak Watan

Nota webmaster:
Waalaikum sallam..
Sekiranya saudara merasa tersinggung dengan komen saya semalam, saya mohon berbanyak kemaafan. Kadangkala perselisehan begini mendatangkan rahmat bagi diri kita dan mereka yang di sekeliling kita. Saya cuma mahu menyahut cabaran saudara untuk berdiskusi dan sudah menjadi adat ianya ada pro dan kontra. Komen yang saya berikan semalam lebih bersifat peribadi.

Namun di sebalik perkataan semangat keMelayuan itu ada sesuatu yang tersirat perlu kita fahami. Lihatlah dengan apa sahaja yang terjadi hari ini, apabila sekumpulan ahli GPMS berhimpun dan berkumpul sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan cabar mencabar terhadap kaum yang lain. Apakah ertinya semua lakonan ini? Hasrat kita cuma ingin memberitahu bahawa usah menyentuh soal kesensitivitian dan membangkitkan hal-hal perkauman. 

Sudah saya nyatakan bahawa perkauman hanya mengundang perkara yang jijik. Inilah perjuangan yang cuba diperlihatkan UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Saya amat menghargai saudara yang telah disembur oleh air najis  dan jijik oleh anjing kurap Mahafiraun itu. Ini bererti saudara juga adalah seorang pejuang yang bertegas atas kezaliman yang berlaku. Hendaknya apabila kita menjadi pejuang, biarlah kita memahami apa yang kita perjuangkan.

Janganlah kita masih 'terperangkap' dengan suasana politik yang dilakonkan oleh UMNO. Justeru kesilapan yang telah kita lakukan di masa lalu itu mengundang musibah kepada nasib bangsa kita, tinggalkan perjuangan berteraskan taghut (selain anjuran Islam) dan perjuangkan keadilan dan hak kesamarataan. Perjuangan kita mahu mengembalikan hak rakyat yang sudah dicabuli oleh bangsa sendiri (UMNO) dengan lakonan perjuangan semangat membela kaum Melayu. Demi lidah mereka yang bercabang itu, mereka sudah menghancurkan sejarah kegemilangan umat Melayu di negara ini.

Hanya Islam dapat menjamin kebahgiaan melalui the  way of life. Kesempurnaan cara hidup Islam bukan dalam soal ibadat semata-mata, malahan dalam pelbagai kebudayaan hidup dan permasalahan yang timbul di sekitarnya. Islam juga mempunyai formulanya tersendiri bagi kita menghadapi kepelbagaian bangsa dan perbedaan budaya. Sekiranya kita merasa telah terlajak, maka bersedialah untuk berundur ...

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter